‘'Untunglah jualan kamu wahai Abu Yahya..Untunglah jualan kamu...’’
[Nabi Muhammad s.a.w]
Itulah kata-kata Nabi Muhammad apabila menyambut kedatangan Shuhaib Ar-Rumi ke Madinah sewaktu musim hijrah.
Siapa tu Shuhaib Ar-Rumi?
Ape maksud Nabi dengan ayat sebegitu?
Kenapa Nabi berkata seperti tu kat beliau?
Apa special nya Shuhaib ni?
***************************
Shuhaib Ar Rumi ni adalah keturunan bangsa Arab tulen, yang dianggap sebagai berbangsa Rom. Beliau mula hidup dalam masyarakat Rom sejak kecil lagi bila mana tentera Rom serang dan menjadikan beliau tawanan.
Dan beliau ni kemudian dijual beberapa kali kat pasar hamba di negara Rom.Beliau berkhidmat dengan ramai tuan dan bertukar-tukar tangan,
Dengan itu dia berpeluang menembusi ke dasar masyarakat Rom ni. Bermacam macam la kejelikan dan kejahatan yang bersarang, serta kezaliman dan dosa yang berleluasa. Sehinggakan beliau berkata
‘'Sesungguhnya masyarakat sebegini tidak boleh dibersihkan melainkan dengan taufan.’'
Oleh kerana Shuhaib membesar kat Rom, beliau hampir melupai bahasa Arab.Namun tak pernah dilupakan bahawa beliau adalah keturunan Arab yang menghuni padang pasir. Keinginannya membuak- buak untuk bebas dari penghambaan dan balik ke pangkuan kaumnya.
Kerinduan itu bertambah lagi bila beliau mendengar seorang pendeta Nasrani berkata kepada salah seorang pemimpinnya
‘’Sudah hampir masa seorang Nabi akan keluar dari Mekah di tanah Arab. Baginda akan membenarkan risalah ‘Isa bin Maryam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya keimanan’’
Dan ditakdirkan Allah, suatu hari Shuhaib ni pun dapat peluang melarikan diri daripada perhambaan,dan menuju ke Kota Mekah. Kat situ beliau ikat janji setia dengan Abdullah bin Jud’an, seorang pembesar Mekah.Beliau juga mula ceburi perniagaan sampai dapat banyak harta dan kesenangan atas usaha beliau.
Tapi kan, walaupun ada harta banyak , dia tak pernah lupa pun pasal kata-kata pendeta Nasrani dulu tu… Dan beliau sering tanya dirinya, bilakah ia akan berlaku?
Dan tidak lama kemudian, persoalannya terjawab.Pada suatu hari, setelah balik dari perniagaannya, beliau diberitahu tentang Muhammad bin Abdullah telah diutuskan , yang mengajak manusia beriman kepada Allah.
Shuhaib tidak sabar lagi ingin menemui Nabi Muhammad saw di rumah al-Arqam bin Abi al-arqam ketika itu.Namun dia diberi peringatan supaya tidak ternampak perbuatannya ingin menemui Muhammad oleh orang Quraisy kerana orang Quraisy boleh bertindak kasar kalau mengetahui tentang itu, apatah lagi Shuhaib seorang dagang yang tiada keluarga yang boleh membantu.
Maka dengan berhati-hati beliau pun menemui Nabi Muhammad, mendengar ajaran Baginda dan menyatakan keimanan kepada Allah. Maka Shuhaib mendapat sinar baru dalam hidupnya.
Namun begitu, pengislaman beliau diketahui orang Quraisy. Maka beliau diseksanya dengan amat dashyat, dan bersama-samanya juga adalah Bilal, ‘Ammar. Sumayyah, Khabbab dan puluhan orang Islam yang lain.Namun semuanya dijalani dengan kesabaran kerana beliau sedar, jalan syurga dihampari dengan perkara yang tidak disukai.
Apabila Nabi saw membenarkan para sahabat berhijrah ke Madinah, Shuhaib berazam mahu menemani , namun orang Quraisy mengetahui niatnya.Mereka melantik pemerhati supaya mengawasi Shuhaib supaya tak lari dengan membawa hasil perniagaan beliau yakni emas dan perak yang banyak tu.
Beliau cuba carik jalan untuk lari ke Madinah tapi tak berpeluang sebab pemerhati itu sentiasa tertumpu kepada beliau. Maka beliau pun membuat helah.
Pada suatu malam, beliau kerap ulang alik ke tandas seolah olah membuang air besar, sampaikan sebahagian pemerhati berkata kepada pemerhati yang lain
‘’Kamu berehatlah.Usah bimbang.Sesungguhnya al-Lata dan al-Uzza telah menyibukkan si Shuhaib dengan karenah perutnya.’’
Maka pemerhati pun tidur. Dan dengan itu, senyap-senyap, Shuhaib pun lari dari rumahnya itu.
Bila pemerhati tu tersedar, mereka memecut kuda-kuda mereka dengan laju sehingga dapat jumpa Shuhaib ni. Apabila disedari Shuhaib, beliau pun berdiri di satu tempat tinggi sambil memegang panah dan menarik tali panah lalu mengancam untuk memanah permerhati sampai lah panah itu habis membunuh mereka memandangkan Shuhaib adalah pemanah yang tepat.. Setelah itu akan diperanginya mereka dengan pedangnya pula.
Namun salah seorang daripada mereka berkata
‘‘Kami tidak akan membenarkan kamu menewaskan kami dengan membawa diri dan harta kamu.Kamu telah datang ke Mekah dengan keadaan lemah dan fakir. Kemudian kamu peroleh kekayaan dan semua yang kamu kecapi ini’’
‘’Jika aku meninggalkan hartaku kepada kamu, adakah kamu akan melepaskan ku?’’ tanya Shuhaib.
‘’Ya’’ jawab mereka.
Maka mereka pun bersetuju dan Shuhaib pun menceritakan tempat letak harta di rumahnya itu kepada mereka.
Shuhaib bergegas mempercepat langkahnya ke Madinah. Beliau lari membawa agamanya demi Allah swt. Sikit pun tiada rasa menyesal atas kehilangan harta yang diusahakan dengan titik peluh beliau, dari beliau seorang hamba yang tiada keluarga, yang kemudiannya lari, yang kemudiannya memulakan hidup baru tanpa punya apa-apa hinggalah beliau berjaya dalam perniagaannya.
Apabila sampai di Quba; Nabi saw ternampak beliau dalam perjalanan . Baginda begitu gembira dan mengalu-alukannya lantas berkata
‘’Untunglah jualan, wahai Abu Yahya..Untunglah jualan…’’
Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali.Shuhaib gembira.beliau tak menyangka kejadian atas dirinya telah diketahui oleh Nabi. Shuhaib pun berkata
‘’Demi Allah! Tiada seorang pun yang ,mendahuluiku menemui tuan, wahai Rasulullah.Tiada siapa yang memberitahu tuan mengenainya melainkan Jibril’’
****************************
Pengorbanan harta yang dilakukan beliau adalah umpama jualan..
Beliau menjual hartanya lalu mendapatkan keuntungan,dan keuntungan itulah dalam bentuk syurga yang dijanjikan Allah…
Dan perkara ini diakui oleh wahyu dari langit. Malaikat Jibril juga menjadi saksi kepadanya. Jibril menyampaikan firman Allah mengenai Shuhaib :
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
''Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas kasihan kan hamba-hambanya''
[AlBaqarah:207]
Ayuh sahabat.Jadikan kisah ni sebagai satu muhasabah diri kite. Korbankan masa, korbankan harta untuk jalan Allah tu besar sangat ganjarannya.
Teringat kata-kata seorang teman hari ini:
'kalau boleh keluarkan duit not merah untuk isi minyak kereta hari-hari, kenapa boleh keluarkan duit syiling 2-3 keping je untuk letak dalam tabung masjid?''
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Jazakumullahu khayran~
*Rujukan : 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Siri 2 oleh Dr. Abdul Rahman Ra'fat al Basha
Terbitan Pustaka Salam