Followers

Saturday, March 19, 2011

kisah sahabat : ikrimah


Pada suatu masa dahulu
Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W melakukan dakwah secara terang-terangan,terdapat seorang lelaki bernama 'Ikrimah. Ketika ini, 'Ikrimah berada dalam lingkungan umur 30 an.

Beliau adalah antara orang Quraisy yang ternama,paling banyak harta dan paling mulia nasab keturunan.jika bukan kerana ayahnya,tentu 'ikrimah sejak awal-awal sudah memeluk Islam mengikuti jejak sahabat2 Rasulullah yang setaraf dengannya.

Hmm..siapa agaknya ayah kepada 'ikrimah ini ye?

Haa..kalau nak tahu,ayah kepada 'ikrimah ini ialah seorang penguasa paling bongkak di Makkah, dia merupakn ketua syirik nombor satu dan orang yang selalu mengenakan seksaan kepada orang -orang Islam. Dengan sikap keras ayahnya itu,Allah S.W.T telah menguji keimanan orang-orang beriman..

Ada antara readers yang tahu tak siapa ayah 'ikrimah ni?
Rasanya hampir seluruh umat Islam di muka bumi ini kenal dengan nama Abu Jahal..sebut je Abu Jahal,maka terbayang la kita akan sikap Abu Jahal ni yang sangat benci kepada Islam..'ikrimah ni anak Abu Jahal ni tadi la..Nama beliau ialah 'Ikrimah bin abu jahal..

Disebabkan ayah kepada 'ikrimah ni memusuhi Nabi Muhammad,makanye si anak pun mengikut jejak langkah si bapa. Bak kata pepatah melayu 'bapak borek anak rintik'. Oleh kerana jikalau si anak berjaya menimpakan bencana kepada orang Islam, si bapa akan merasa gembira, maka si anak sangat memusuhi Nabi Muhammad s.a.w

'Ikrimah ni merupakan seorang pahlawan yang handal. Beliau merupakan slah seorang wira gagah berani kaum Quraisy,disebabkan itu 'ikrimah melibatkan diri dalam hampir semua peperangan orang musyrikin Makkah terhadap orang Islam.

Dalam peperangan Badar,ayah kepada 'ikrimah telah terkorban. Dalam perang tu,orang Islam menang. Kalau sebelum ni 'ikrimah ni benci dengan Islam sebab dia ikut jejak langkah ayah dia,tapi sekarang ni 'ikrimah berdendam pula dengan Islam. 'ikrimah ingin menuntut bela di atas kematian ayah beliau,maka dia dengan kawan-kawannya meniup api permusuhan di dada orang musyrikin yang mana ahli keluarga mereka turut terkorban dalam peperangan besama Islam.

Seterusnya 'ikrimah melibatkan diri dalam perang Uhud. Dalam perang Uhud ni pula,orang Quraisy diketuai oleh 'ikrimah dan Khalid Al-walid. Pada masa ini,Khalid Al-walid belum memeluk Islam lagi,dalam peperangan ini umat Islam telah tewas..haa. Kenapa umat islam tewas?itu kita cerita dalam cerita perang Uhud ye..hehe..tapi umat islam bukan tewas semena-mena taw..umat islam tewas,dan ade pengajaran disebaliknya..

Lepas perang Uhud,ade lagi satu perang iaitu perang Khandak. Dalam perang Khandak ni orang Islam telah menang,namun 'ikrimah terselamat setelah melarikan diri.

Pada hari pembukaan kota Makkah,orang Quraisy berpandangan mereka tidak lagi mampu untuk berhadapan dengan Nabi Muhammad dan sahabatnya. Mereka memutuskan untuk memberi jalan kepada Nabi Muhammad memasuki Makkah. Diorang ambil keputusan ni setelah mereka mengetahui bahawa sebenarnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan ketua-ketua pasukan tenteranya supaya jangan memerangi penghuni Makkah melainkan orang yang memerangi mereka.

Tetapi..'ikrimah dan beberapa individu lain tidakk setuju dengan pandangan baru orang Quraisy ni. Diorang nak halang tentera orang Islam yang besar tu,tapi akhirnya mereka tumpas di tangan Khalid Al-walid yang ketika ini sudah pun mmeluk islam. Ada yang terbunuh,ada juga yang sempat melarikan diri. 'ikrimah antara orang yang lari ke antara orang yang terbunuh?ha..'ikrimah tergolong dalam mereka yang melarikan diri,kira 'ikrimah ni terselamatlah ketika itu.

Apa akan terjadi kepada 'ikrimah?Berjayakah 'ikrimah melarikan diri daripada orang Islam?
Nantikan kesinambungannye di post akan datang..;)

Situasi hati

Assalamualaikum..tadi, sedang abc membelek-belek weekly article KISS, terdapat satu artikel ni,eh artikel ke?bukan artikel la, dia macam karikatur, ha karikatur..karikatur ni menarik minat abc untuk share dengan readers disini.Entri kali ini khas untuk kawan-kawan golongan remaja khususnya.Tetapi memandangkan abc tidak berbakat melukis,abc terjemahkan dalam bentuk ayat ye..kepada rakan-rakan yang menerbitkan weekly article KISS, mohon kebenaran memetik dan mengubah suai karikatur ini ye..haaa dah panjang berceloteh,moh lah kita mula kan entri kali ini ye  ☞




Situasi pertama :


Seorang pemuda terlihat kelibat seorang gadis cantik yang menawan hatinya.
Pemuda tersebut berbisik di dalam hatinya :


" Fulamak! Cunnya! Kalau jadi girlfriend aku ni..Alahaiiii "


Dalam masa yang sama,si gadis cantik yang dilihat oleh pemuda ini tadi turut berbisik di dalam hatinya :


" Eh mamat ni boleh tahan juga eh, lelaki kacak "




Situasi kedua :




Seorang pemuda terlihat kelibat seorang gadis cantik yang menawan hatinya.
Pemuda tersebut berbisik di dalam hatinya :

" Subhanallah,cantik..tebalkan iman dihatiku. Hadirku biarlah menjadi penguat iman si gadis. Jangan aku menjadi asbab imannya berkurang. "

Dalam masa yang sama,si gadis cantik yang dilihat oleh pemuda ini tadi turut berbisik di dalam hatinya :

"Ya Allah,peliharalah hatiku. Jangan sampai aku mencuri imannya tanpa aku sedari. Ku mohon sungguh-sungguh Ya Allah,kuatkan imanku dan imannya. "


Apa agaknya ye perbezaan situasi pertama dan situasi kedua?
Bagaimana pula dengan kita?
Dimanakah situasi hati kita?
Wallahualambissawab, masing- masing tanya hati dan tanya iman
Kalau di situasi kedua,alhamdulillah 
Kalau di situasi pertama pula, walaupun kata-kata itu hanya di dalam hati tetapi awas, jangan sampai imannya berkurang
Nasihat untuk teman-teman dan juga untuk abc sendiri

Semoga berjumpa di entri lain hari..wassalam


Tuesday, March 15, 2011

quote from Al-Quran 2

"Apakah penduduk negeri itu merasakan 

aman dari bala Allah pada waktu malam 

ketikamereka sedang tidur. Apakah penduduk 

negeri itu merasa aman dari bala Allah pada 

waktu pagi sedang mereka bermain atau 

bekerja.

Apakah mereka merasa aman dari azab 

Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok 

hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah

 yang merasa aman dari azab Allah 

melainkan orang yang rugi.” 


(Al-A’raaf 98-99)

WASIAT NABI NUH ALAYHI AL-SALAAM


Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:
“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:
“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?
Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]
“Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

pesanan dari penaja : renung2kan,renung2 diri,renung2 hati,renung2 iman :)


*dipetik dari article Tsunami akal dan budi di tanah air sendiri http://saifulislam.com/9430

hadith of the day 1





 sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas. sedangkan diantaranya ada masalah yang samar2 (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukum)-nya. barangsiapa menghindari samar2,maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samar2 maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. seperti penggembala yang berada di dekat pagar (milik orang lain);dikhuatirkan ia akan masuk ke dalamnya.

ketahuilah bahawa setiap raja memiliki pagar(aturan). ketahuilah bahawa aturan Allah adalah laranganNya. ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak,maka rosak pula seluruh jasadnya. ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati.

(hadith riwayat bukhari & muslim )

p/s : mari hafal hadith melalui lagu  ♡

isteri kekasih Allah

Assalamualaikum..
maaf sebab dah lama xupdate blog (bajet ramai orang bace..hehe)
kami di sini sangat isolated dan mengalami masalah internet yang kritikal..hehe
tetapi setelah masuk ke ICU,setelah dirawat dengan rapi,akhirnye internet sihat seperti sedia kala..alhamdulillah;)


untuk post yang kali ni,abc nak tanya readers,berapa ramai agaknya yang kenal dengan isteri-isteri Rasulullah S.A.W ?


haa..selalunye kite hanye dengar kisah2 mengenai Siti Khadijah dan Aisyah..
kali ini ape kate kite ambil peluang ini untuk mengetahui nama2 isteri2 Rasulullah S.A.W.


ade pendapat mengatakan isteri baginda adalah seramai 12 orang sahaja,tetapi ade juga pendapat yang mengatakan isteri baginda seramai 13 orang.abc pun tak berapa nak pasti akan hal ni,kalau ade readers yang boleh share informasi ngan kami,sile2 lah ye,marilah kite bersharing2..
di bawah ni abc listkan nama2 isteri baginda yang abc dan rakan2 abc ade discuss..




 

  1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
  2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
  3. Aisyah bt. Abi Bakr r.a
  4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
  5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
  6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
  7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
  8. Safiyah bt. Huyay
  9. Zainab bt. Jansyin
  10. Raihanah bt. Zaid bin Amrin
  11. Maimunah bt. Al-Harith
  12. Zainab bt. Khuzaimah
  13. Maria al-Qibtiyyah (Maria The Copt)

  kali ni kite listkan sahaja,di post yang akan datang kite share pulak story pasal isteri2 Rasulullah S.A.W ye..tungguuuuu..hehe..
sesiapa yang ade info tentang post ni bolehlah share2,abc teringin sangat nak tahu dengan lebih lanjut kisah wanita2 istimewa yang bertuah yang menjadi isteri kekasih Allah ni..
kalau ade kesempatan kite sambung di entry laen kali..
wassalam..



Monday, March 14, 2011

quote from Al-Quran 1

" DAN INGATLAH BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA INI TIDAK LAIN HANYALAH IBARAT HIBURAN DAN PERMAINAN; DAN SESUNGGUHNYA NEGERI AKHIRAT ITU IALAH KEHIDUPAN YANG SEBENAR-BENARNYA "


( 29 : 64 )