Followers

Saturday, March 19, 2011

kisah sahabat : ikrimah


Pada suatu masa dahulu
Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W melakukan dakwah secara terang-terangan,terdapat seorang lelaki bernama 'Ikrimah. Ketika ini, 'Ikrimah berada dalam lingkungan umur 30 an.

Beliau adalah antara orang Quraisy yang ternama,paling banyak harta dan paling mulia nasab keturunan.jika bukan kerana ayahnya,tentu 'ikrimah sejak awal-awal sudah memeluk Islam mengikuti jejak sahabat2 Rasulullah yang setaraf dengannya.

Hmm..siapa agaknya ayah kepada 'ikrimah ini ye?

Haa..kalau nak tahu,ayah kepada 'ikrimah ini ialah seorang penguasa paling bongkak di Makkah, dia merupakn ketua syirik nombor satu dan orang yang selalu mengenakan seksaan kepada orang -orang Islam. Dengan sikap keras ayahnya itu,Allah S.W.T telah menguji keimanan orang-orang beriman..

Ada antara readers yang tahu tak siapa ayah 'ikrimah ni?
Rasanya hampir seluruh umat Islam di muka bumi ini kenal dengan nama Abu Jahal..sebut je Abu Jahal,maka terbayang la kita akan sikap Abu Jahal ni yang sangat benci kepada Islam..'ikrimah ni anak Abu Jahal ni tadi la..Nama beliau ialah 'Ikrimah bin abu jahal..

Disebabkan ayah kepada 'ikrimah ni memusuhi Nabi Muhammad,makanye si anak pun mengikut jejak langkah si bapa. Bak kata pepatah melayu 'bapak borek anak rintik'. Oleh kerana jikalau si anak berjaya menimpakan bencana kepada orang Islam, si bapa akan merasa gembira, maka si anak sangat memusuhi Nabi Muhammad s.a.w

'Ikrimah ni merupakan seorang pahlawan yang handal. Beliau merupakan slah seorang wira gagah berani kaum Quraisy,disebabkan itu 'ikrimah melibatkan diri dalam hampir semua peperangan orang musyrikin Makkah terhadap orang Islam.

Dalam peperangan Badar,ayah kepada 'ikrimah telah terkorban. Dalam perang tu,orang Islam menang. Kalau sebelum ni 'ikrimah ni benci dengan Islam sebab dia ikut jejak langkah ayah dia,tapi sekarang ni 'ikrimah berdendam pula dengan Islam. 'ikrimah ingin menuntut bela di atas kematian ayah beliau,maka dia dengan kawan-kawannya meniup api permusuhan di dada orang musyrikin yang mana ahli keluarga mereka turut terkorban dalam peperangan besama Islam.

Seterusnya 'ikrimah melibatkan diri dalam perang Uhud. Dalam perang Uhud ni pula,orang Quraisy diketuai oleh 'ikrimah dan Khalid Al-walid. Pada masa ini,Khalid Al-walid belum memeluk Islam lagi,dalam peperangan ini umat Islam telah tewas..haa. Kenapa umat islam tewas?itu kita cerita dalam cerita perang Uhud ye..hehe..tapi umat islam bukan tewas semena-mena taw..umat islam tewas,dan ade pengajaran disebaliknya..

Lepas perang Uhud,ade lagi satu perang iaitu perang Khandak. Dalam perang Khandak ni orang Islam telah menang,namun 'ikrimah terselamat setelah melarikan diri.

Pada hari pembukaan kota Makkah,orang Quraisy berpandangan mereka tidak lagi mampu untuk berhadapan dengan Nabi Muhammad dan sahabatnya. Mereka memutuskan untuk memberi jalan kepada Nabi Muhammad memasuki Makkah. Diorang ambil keputusan ni setelah mereka mengetahui bahawa sebenarnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan ketua-ketua pasukan tenteranya supaya jangan memerangi penghuni Makkah melainkan orang yang memerangi mereka.

Tetapi..'ikrimah dan beberapa individu lain tidakk setuju dengan pandangan baru orang Quraisy ni. Diorang nak halang tentera orang Islam yang besar tu,tapi akhirnya mereka tumpas di tangan Khalid Al-walid yang ketika ini sudah pun mmeluk islam. Ada yang terbunuh,ada juga yang sempat melarikan diri. 'ikrimah antara orang yang lari ke antara orang yang terbunuh?ha..'ikrimah tergolong dalam mereka yang melarikan diri,kira 'ikrimah ni terselamatlah ketika itu.

Apa akan terjadi kepada 'ikrimah?Berjayakah 'ikrimah melarikan diri daripada orang Islam?
Nantikan kesinambungannye di post akan datang..;)

No comments:

Post a Comment