Kali ni nak berkongsi cerita tentang Perang Ahzab pulak.
Tau tak bila perang ni berlaku?
Siapa yang terlibat?
Berlaku di mana??
Mungkin tak ramai yang tau. Sebenarnya Perang Ahzab ni sinonim nya ialah Perang Khandak (Perang Parit). Cerita tentang perang ni dapat dihayati dengan lebih mendalam lagi melalui surah Al – Ahzab, iaitu surah ke 33 dalam Al – Quran.
Perang Ahzab berlangsung pada bulan Syawal sampai la bulan Zulkaedah pada tahun 5 Hijrah. Tau tak kenapa dipanggil Perang Ahzab? perang ni disertai oleh golongan – golongan bersekutu untuk menyerang umat Islam di Madinah. Ada 3 golongan yang terlibat :
- Bani Nadir
- Bani Qainuqa’
- Bani Quraizah
Oleh sebab itulah perang ni dikenali dengan nama Perang Ahzab.
Jom sharing2 fakta – fakta menarik tentang perang ni :
Idea untuk menggali parit dicadangkan oleh Salman Al – Farisi.
Luas parit yang digali oleh tentera Islam pada masa tu adalah kira – kira 40 hasta ( 20 meter la kan). Allah memerintahkan para malaikat untuk meniupkan rasa gentar dalam jiwa tentera musuh bila melihat parit itu. Para sahabat juga menghadapi musuh dengan keberanian yang luar biasa. ( ayat 22-23 )
Ketika persiapan untuk peperangan tu sedang giat dilakukan, seorang sahabat , Jabir bin Abdullah menjemput Rasulullah untuk makan di rumahnya. Lalu baginda pun menjemput semua tentera Islam untuk pergi bersama baginda. Jabir khuatir makanan yang disediakan tak mencukupi sebab masa tu, beliau hanya menyembelih seekor kambing dan ada sedikit tepung untuk dibuat roti. Tapi dengan izin Allah s.w.t, makanan yang sedikit tu cukup untuk menjamu seluruh tentera Islam seramai kira – kira 3000 orang! Subhanallah..inilah mukjizat Rasulullah. Jelas terbukti kekuasaan Allah s.w.t.
Sewaktu proses menggali parit dilakukan, ada sebongkah batu besar yang sukar dihancurkan. Lalu, baginda sendiri yang turun untuk memecahkan batu tu supaya kerja menggali dapat diteruskan. Dengan izin Allah s.w.t, batu tu berjaya dipecahkan dengan 3 pukulan. Setiap pukulan dimulai dengan kalimah ‘Bismillah’ dan disertai percikan api. Separuh daripada batu tu berjaya dipecahkan dengan pukulan pertama, sehingga lah seluruh batu tu hancur selepas 3 pukulan. Rasulullah s.a.w kemudian bercerita kepada tentera Islam bahawa baginda melihat 3 perkara,iaitu satu selepas setiap pukulan.
- Pukulan pertama - Allah memberi kemenangan kepada Islam dengan Istana Merah ( negara Rom)
- Pukulan kedua - Baginda melihat Istana Putih ( negara Parsi )
- Pukulan terakhir - dianugerahkan kunci – kunci Negara Yaman
Tentera Islam berjaya mengalahkan 10000 orang tentera musuh walaupun ketika tu jumlah tentera Islam hanyalah 3000 orang!
Abu Sufian merupakan komander tentera musyrikin Mekah ketika itu.
Unggun – unggun api dinyalakan pada waktu malam untuk menakut-nakutkan tentera musuh. Ini merupakan strategi perang yang sangat berkesan.
Ketika peperangan berlaku, tentera musuh cuba untuk menyeberangi parit, namun cubaan tu digagalkan oleh tentera Islam yang memanah mereka dari seberang parit tu.
Terdapat beberapa orang tentera musyrikin yang berjaya menyeberangi parit. Antaranya, Amru bin Abdul Wad yang akhirnya terbunuh ketika bertarung dengan Ali bin Abi Talib r.a.
Tentera Quraisy duduk berkhemah selama hampir sebulan. Tiba – tiba datang ribut pasir. Dengan izin Allah s.w.t, terbanglah semua kuda dan khemah musuh. Maka tewas la tentera musyrikin dan tentera Islam beroleh kemenangan. ( ayat 25 )
Perang Ahzab juga merupakan ‘perang saraf’ kerana bukan melibatkan pertempuran dan kekuatan fizikal semata-mata.
Hmmm..apa pengajaran yang dapat diperolehi daripada perang ni ?? dah terang lagi bersuluh kan.. kita haruslah bergantung hanya pada Allah s.w.t semata-mata kerana pergantungan padaNya tak kan mengecewakan kita,insyaAllah :) 3000 orang vs 10000 orang pun boleh menang kalau kita yakin pada pertolongan yang Maha Esa..
So apa lagi kawan2,jom kita berharap hanya pada Allah s.w.t