Followers

Tuesday, April 19, 2011

Muhammad Al Fatih

Assalamualaikum. Kali ini kami nak share kan kisah yang diambil daripada Dakwah.Info: Muhammad Al- Fatih.
Ok, beliau ni antara calon sesuai sangat untuk jadi idola remaja muda mudi kan, sebab pencapaian terhebat beliau, dicapai, sebaya dengan kita kita ni ; yakni zaman2 kita duk blaja kt univ ni. Tapi beliau ni dah naik takhta waktu umur 19 taun..wow..... nak tau cerita selanjutnya mari3 baca tambah ilmu kite



Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali denganMuhammad al-Fatih (الفاتح) atau “si Penakluk” dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 ? 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.Keperibadian Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinople
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Misi Menawan Konstantinople
Hari Jumaat, 6 April 1453M, Muhammad II atau disebut juga Mehmed bersama gurunya, syaikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke Byzantium dari berbagai penjuru benteng kota tersebut. Dengan berbekal 150.000 ribu pasukan dan meriam buatan Urban -teknologi baru pada saat itu- Muhammad II mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus menjawab tetap mempertahankan kota dengan dibantu oleh Kardinal Isidor, Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa. Kota dengan benteng 10m-an tersebut memang sulit ditembus, selain di sisi luar benteng pun dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat melalui pasukan altileri harus merobohkah benteng dua lapis, dari arah selatan laut Marmara pasukan laut harus berhadapan dengan pelaut Genoa pimpinan Giustiniani dan dari arah timur armada laut harus masuk ke selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak dapat melepasi. Berhari-hari hingga berminggu-minggu benteng Byzantium masih utuh, kalaupun runtuh dengan adanya celahan-celahan, pasukan Constantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan cepat menumpuk kembali hingga tertutup. Usaha lain pun dicuba dengan menggali terowongan di bawah benteng, cukup menimbulkan kepanikan kota, namun juga gagal. Hingga akhirnya sebuah idea yang terdengar bodoh dilakukan hanya dalam semalam. Salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui selat Golden Horn yang sudah dirantai. Ide tersebut akhirnya dilakukan, iaitu memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang, hanya dalam semalam dan 70-an kapal dapat memasuki wilayah selat Golden Horn.
Keajaiban Tentera Othmaniyyah
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.
Serangan Besar-besaran Mujahidin
Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.
Usaha Damai Terakhir
Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.
Konstantinopel Menjadi Islambul
Setelah ditaklukan nama Konstatinopel diubah menjadi Islambul yang bererti “Kota Islam”, tapi kemudian penyebutan ini bergeser menjadi Istanbul seperti yang biasa kita dengar sekarang. Sejak saat itu ibu kota khilafah Bani Utstmani beralih ke kota ini dan menjadi pusat peradaban Islam dan dunia selama beberapa abad. Sebab kota ini kemudian dibangun dengan segala bentuk keindahannya, percampuran antara seni Eropa Timur dan Arab. Gereja dan tempat ibadah non muslim dibiarkan tetap berdiri, tidak diganggu sedikit pun. Sementara khalifah membangun gedung dengan seni bina yang tidak kalah cantiknya dengan gedung-gedung sebelumnya. Sepintas kalau kita lihat gedung peninggalan peradaban masehi sama saja dengan bangunan masjid. Ia jugalah yang mengganti nama Konstantinopel menjadi Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah diganti oleh pengkhianat ummah, Mustafa Kamal Ataturk menjadi Istanbul. Nama Muhammad Al-Fatih tersemat sebagai perwira, tetapi bagaimana dengan kita? Perwira Ummat?

Amacam ? hebatkan... ya, nilah dia pemimpin yang kita cari2, utk pimpin masyarakat dan negara kita....
InsyaAllah...Let's be like him..
Sekian.

Saturday, March 19, 2011

kisah sahabat : ikrimah


Pada suatu masa dahulu
Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W melakukan dakwah secara terang-terangan,terdapat seorang lelaki bernama 'Ikrimah. Ketika ini, 'Ikrimah berada dalam lingkungan umur 30 an.

Beliau adalah antara orang Quraisy yang ternama,paling banyak harta dan paling mulia nasab keturunan.jika bukan kerana ayahnya,tentu 'ikrimah sejak awal-awal sudah memeluk Islam mengikuti jejak sahabat2 Rasulullah yang setaraf dengannya.

Hmm..siapa agaknya ayah kepada 'ikrimah ini ye?

Haa..kalau nak tahu,ayah kepada 'ikrimah ini ialah seorang penguasa paling bongkak di Makkah, dia merupakn ketua syirik nombor satu dan orang yang selalu mengenakan seksaan kepada orang -orang Islam. Dengan sikap keras ayahnya itu,Allah S.W.T telah menguji keimanan orang-orang beriman..

Ada antara readers yang tahu tak siapa ayah 'ikrimah ni?
Rasanya hampir seluruh umat Islam di muka bumi ini kenal dengan nama Abu Jahal..sebut je Abu Jahal,maka terbayang la kita akan sikap Abu Jahal ni yang sangat benci kepada Islam..'ikrimah ni anak Abu Jahal ni tadi la..Nama beliau ialah 'Ikrimah bin abu jahal..

Disebabkan ayah kepada 'ikrimah ni memusuhi Nabi Muhammad,makanye si anak pun mengikut jejak langkah si bapa. Bak kata pepatah melayu 'bapak borek anak rintik'. Oleh kerana jikalau si anak berjaya menimpakan bencana kepada orang Islam, si bapa akan merasa gembira, maka si anak sangat memusuhi Nabi Muhammad s.a.w

'Ikrimah ni merupakan seorang pahlawan yang handal. Beliau merupakan slah seorang wira gagah berani kaum Quraisy,disebabkan itu 'ikrimah melibatkan diri dalam hampir semua peperangan orang musyrikin Makkah terhadap orang Islam.

Dalam peperangan Badar,ayah kepada 'ikrimah telah terkorban. Dalam perang tu,orang Islam menang. Kalau sebelum ni 'ikrimah ni benci dengan Islam sebab dia ikut jejak langkah ayah dia,tapi sekarang ni 'ikrimah berdendam pula dengan Islam. 'ikrimah ingin menuntut bela di atas kematian ayah beliau,maka dia dengan kawan-kawannya meniup api permusuhan di dada orang musyrikin yang mana ahli keluarga mereka turut terkorban dalam peperangan besama Islam.

Seterusnya 'ikrimah melibatkan diri dalam perang Uhud. Dalam perang Uhud ni pula,orang Quraisy diketuai oleh 'ikrimah dan Khalid Al-walid. Pada masa ini,Khalid Al-walid belum memeluk Islam lagi,dalam peperangan ini umat Islam telah tewas..haa. Kenapa umat islam tewas?itu kita cerita dalam cerita perang Uhud ye..hehe..tapi umat islam bukan tewas semena-mena taw..umat islam tewas,dan ade pengajaran disebaliknya..

Lepas perang Uhud,ade lagi satu perang iaitu perang Khandak. Dalam perang Khandak ni orang Islam telah menang,namun 'ikrimah terselamat setelah melarikan diri.

Pada hari pembukaan kota Makkah,orang Quraisy berpandangan mereka tidak lagi mampu untuk berhadapan dengan Nabi Muhammad dan sahabatnya. Mereka memutuskan untuk memberi jalan kepada Nabi Muhammad memasuki Makkah. Diorang ambil keputusan ni setelah mereka mengetahui bahawa sebenarnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan ketua-ketua pasukan tenteranya supaya jangan memerangi penghuni Makkah melainkan orang yang memerangi mereka.

Tetapi..'ikrimah dan beberapa individu lain tidakk setuju dengan pandangan baru orang Quraisy ni. Diorang nak halang tentera orang Islam yang besar tu,tapi akhirnya mereka tumpas di tangan Khalid Al-walid yang ketika ini sudah pun mmeluk islam. Ada yang terbunuh,ada juga yang sempat melarikan diri. 'ikrimah antara orang yang lari ke antara orang yang terbunuh?ha..'ikrimah tergolong dalam mereka yang melarikan diri,kira 'ikrimah ni terselamatlah ketika itu.

Apa akan terjadi kepada 'ikrimah?Berjayakah 'ikrimah melarikan diri daripada orang Islam?
Nantikan kesinambungannye di post akan datang..;)

Situasi hati

Assalamualaikum..tadi, sedang abc membelek-belek weekly article KISS, terdapat satu artikel ni,eh artikel ke?bukan artikel la, dia macam karikatur, ha karikatur..karikatur ni menarik minat abc untuk share dengan readers disini.Entri kali ini khas untuk kawan-kawan golongan remaja khususnya.Tetapi memandangkan abc tidak berbakat melukis,abc terjemahkan dalam bentuk ayat ye..kepada rakan-rakan yang menerbitkan weekly article KISS, mohon kebenaran memetik dan mengubah suai karikatur ini ye..haaa dah panjang berceloteh,moh lah kita mula kan entri kali ini ye  ☞




Situasi pertama :


Seorang pemuda terlihat kelibat seorang gadis cantik yang menawan hatinya.
Pemuda tersebut berbisik di dalam hatinya :


" Fulamak! Cunnya! Kalau jadi girlfriend aku ni..Alahaiiii "


Dalam masa yang sama,si gadis cantik yang dilihat oleh pemuda ini tadi turut berbisik di dalam hatinya :


" Eh mamat ni boleh tahan juga eh, lelaki kacak "




Situasi kedua :




Seorang pemuda terlihat kelibat seorang gadis cantik yang menawan hatinya.
Pemuda tersebut berbisik di dalam hatinya :

" Subhanallah,cantik..tebalkan iman dihatiku. Hadirku biarlah menjadi penguat iman si gadis. Jangan aku menjadi asbab imannya berkurang. "

Dalam masa yang sama,si gadis cantik yang dilihat oleh pemuda ini tadi turut berbisik di dalam hatinya :

"Ya Allah,peliharalah hatiku. Jangan sampai aku mencuri imannya tanpa aku sedari. Ku mohon sungguh-sungguh Ya Allah,kuatkan imanku dan imannya. "


Apa agaknya ye perbezaan situasi pertama dan situasi kedua?
Bagaimana pula dengan kita?
Dimanakah situasi hati kita?
Wallahualambissawab, masing- masing tanya hati dan tanya iman
Kalau di situasi kedua,alhamdulillah 
Kalau di situasi pertama pula, walaupun kata-kata itu hanya di dalam hati tetapi awas, jangan sampai imannya berkurang
Nasihat untuk teman-teman dan juga untuk abc sendiri

Semoga berjumpa di entri lain hari..wassalam


Tuesday, March 15, 2011

quote from Al-Quran 2

"Apakah penduduk negeri itu merasakan 

aman dari bala Allah pada waktu malam 

ketikamereka sedang tidur. Apakah penduduk 

negeri itu merasa aman dari bala Allah pada 

waktu pagi sedang mereka bermain atau 

bekerja.

Apakah mereka merasa aman dari azab 

Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok 

hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah

 yang merasa aman dari azab Allah 

melainkan orang yang rugi.” 


(Al-A’raaf 98-99)

WASIAT NABI NUH ALAYHI AL-SALAAM


Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:
“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:
“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?
Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]
“Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

pesanan dari penaja : renung2kan,renung2 diri,renung2 hati,renung2 iman :)


*dipetik dari article Tsunami akal dan budi di tanah air sendiri http://saifulislam.com/9430