Followers

Saturday, November 13, 2010

Keretapi Tabiyah Manusia

Pnah naik komuter? takpun naik LRT ke? atau naik monorail? Ok la tak pun bas mini la.Bas ting tong ting tong tu.

Kalau komuter,train tu berenti kejap je, amik penumpang, pastu bunyi2 nee noo nee noo pastu pintu tetutup automatik kan.

Maka waktu tu abang2 kakak2 yang bekejar2 nak masuk train, pun tak sempat masuk..... tpksa la tunggu lagi 45 minit...fuh mencabar sungguh oh..lagi2 kalau waktu abes office hour....mmg boleh ilang sabar kot. hehe sabar2 ye tuan puan. puan2 best sket kot.sebab ada gerabak wanita kaler pink. I like i like.

ok back to the point. Train of Tarbiyah pun maacam ktm jgk. 

Tarbiyah tak menunggu penumpangnye.kalau penumpang takmau naik, pintu nye tetap akan tertutup. Train akan terus menuju ke next stesyen dan mengambil penumpang lain.

Train tu tak rugi ape pun..orang yang tak mau naik la yang rugi..
Islam tak rugi kalau kita takmau jadi islam(i kecik ye.utk tahu lebih lanjut i kecik I besar sile refer previous previous entry)
Sebab at the end, Islam tetap akan menang. Yang rugi: kita dan amalan kita... sebab kita tak naik train of tarbiyyah tu..


*Maksud Tarbiyah:
Di dalam kitab Mufradat al-Raghib oleh Imam Al-Asfahani ra (meninggal tahun 502 Hijrah) ada menyebutkan perihal tarbiyah apabila beliau menyatakan : " Al-Rabb pada makna asal ialah tarbiyah iaitu yang menjadikan sesuatu secara beransur-ansur kepada kesempurnaannya."

Al-Imam Al-Baidhawi ra (meninggal tahun 685 Hijrah) telah menyebut di dalam tafsirnya Anwar At-Tanzil Wa'asrar Ta'wil bahawa :
 " Al-Rabb itu pada maknanya bermaksud tarbiyah iaitu yang menyampaikan sesuatu kepada kesempurnaannya secara beransur-ansur.."
(rujukan: http://al-fikrah.net/)

Thursday, November 11, 2010

menyelongkar surah al-ikhlas

SURAH AL-IKHLAS..

Surah al-ikhlas ni adalah salah satu surah makiyyah yang ada dalam Al-Quran..

pe lak surah makiyyah ek???

Surah makiyyah ni surah yg diturunkan mase Nabi kt Mekah..biasenye kan surah makiyyah ni surah dia pendek2..pastu ia adalah berkaitan soal akidah..n pada permulaan ayat,biasenye Allah seru ‘wahai manusia’...

Hmmmm, meh kte tgk cmne plak surah Madaniyyah..

1. Surahnye pjng2

2. Diturunkan di Madinah

3. berkaitan suruhan ibadat n syariat

4. Biasenye bermula dgn ‘wahai org2 yg beriman’..

Berbalik plak kpd tafsir al-ikhlas ni..

Pernah terpikir tak knp name surah ni al ikhlas ek?? Padahal,xde pun perkataan ikhlas kt dalam ayat tu..kalu x caye,cube check balik...surah yg ke 112 dlm quran...

Ada x perkataan ikhlas??? N cube bandingkan dgn surah2 lain yg ke 111,113,110 n byk lg...biasenye kte akan jmpe perkataan yg same dgn name surah tu..(nak tau..teruskan membaca di bwh..hehe)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

1. Katakanlah (Muhammad),”Dialah Allah, Yang Maha Esa.

2. Allah tempat meminta segala sesuatu.

3. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

4. Dan tidak ada sesuatu yang setara dgn Dia”.

Ayat 1

Ayat ini sudah mengikat sebuah pernyataan akan keesaan Allah, yakni bahwa Allah itu Maha Esa dengan segala kesempurnaan, yang memiliki Al Asma Al Husna serta segala sifat kisempurnaan Yang Maha Tinggi, berbagai perbuatan yang suci yang tiada bandingannya.

Ayat 2

Kalu sy ckp drp ayat ni la perkataan ikhlas tu lahir,percaya x???

Meh kte renung balik ayat ni..Allah tempat meminta segala sesuatu..

Hmmm...sedar x sedar..dlm hidup kte ni..sepanjang mase kte memohon pada Dia kan..dari kecik smpai besar,kawen,dpt anak..n smpai tua...

Mase belajar...b4 exam..Ya Allah,permudahkanlah urusan aku...lembutkanlah hati pemeriksa..bagilah soalan yg senang2 je..n mcm2 lg...mase tu la,kte ingat allah..mntak tolong Dia kan..n of course,ble istilah mntak tolong tu ada...mestilah ditemani dgn hati yg ikhlas....ada ke kte nk org tolong kte,tp bwt muke seposen je..agak2 org tu nak tolong ke??? Wawawa

Same je lah konsepnye kt sini..

Nak contoh lg...

Dah meningkat dewasa...dah habis belajar...tetibe ada 2 lelaki dtg (in case pompuan ye..jgn salah phm plak)..nk meminang..n keputusan tu adalah keputusan yg sukar utk dilakukan dlm hidup..melibatkan mase dpn kte kan...mase tu,sape lg kte nk bergantung??? Kte mntak petunjuk drp Allah kan??

Bnyk lg contoh sebenarnye...tiap2 hari kte memohon padaNya..kalu nk listkan kt sini,x cukup page la alamatnye..seme2 la kte muhasabah diri kte balik..InsyaAllah..

Jap2..ada 1 lg..lupe lak..korg tau ayat seribu dinar tak??? Mesti tau kan..selalu digantung kt kedai2 mamak..silap2 ada tergantung kt dinding rumah..tp x sedar..hehe..gurau je..mesti kte sedar kan..rmh kte sendiri...

Ayat seribu dinar ni adalah salah satu contoh permohonan kte kpd allah..dlm ayat ni,kte memohon dimurahkan rezeki..supaya Allah mencukukan keperluan kte..

Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan.

surah At-Talaq,iaitu surah ke 65,ayat 1 dan 2..

Maksudnya..

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.

Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat 3,ayat 4

Allah tdk beranak dan tdk pula diperanakkan.. Dan tidak ada sesuatu yang setara dgn Dia

Ada beberapa teori psl ayat 3 ni..antaranya..

1. 1. Pada zaman Rasulullah, orang-orang Arab Jahiliyyah buat tugu orang-orang soleh..lama kelamaan, org Arab Jahiliyyah pergi menyembah tugu2 tersebut..cam sembah berhala la kan..

Tapi diaorg kan sepatutnya menyembah Allah..so turunlah ayat ni untuk menunjukkan yang Allah itu Maha Esa.

2. Orang-orang Arab Jahiliyyah ni, diaorang xde keje sngt (ayt senang..hehe)..kerja diaorg hanyalah menternak kambing, meniaga dan mengenal pasti nasab keturunan seseorang..Contohnya lah,tetiba Nabi Muhammad melintas di hadapan mereka..n mereka pun mula lah berbincang mengenai nasab ketunan nabi..Muhammad bin?? Abdullah...Abdullah bin??? Abdul Mutalib...Abdul Mutalib bin??? ....Bani Hasyim...n begitu lah seterusnya...

Hingga sampai satu thp,mereka mempersoalkan nasab keturunan Allah...lalu Allah menrunkan Ayat ini,bhw Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan..tidak ada sesuatu yg setara dgn Dia..

sekian..

Wednesday, November 10, 2010

ISLAM atau islam?

Ada beza ke? 
Nampak macam sama kan??
Ejaan sama..
Suku kata sama..
Sebutan pun sama..

Mesti la ada bezanya..
‘Islam’ adalah kata nama
‘islam’ pula kata kerja..

Dari segi bahasa, islam bermaksud tunduk, patuh, dan berserah diri..
Kalau tanya adik-adik kat rumah, mesti mereka akan jawab islam itu membenarkan di dalam hati, mengucapkan dengan lidah, dan mengamalkan dengan anggota.
Wahh.. kalau jawab exam macam ni, mesti dapat fullmarks sebab jawapan sama macam buku teks kan.. :)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak 
menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah 
difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Kita semua adalah ‘Islam’ macam yang tertulis pada kad pengenalan kita. Tapi persoalannya, adakah kita ‘islam’? Sama-sama kita muhasabah diri..

Banyak amalan yang kita boleh lakukan untuk jadi ‘islam’..
On top of the list mestilah 5 perkara di bawah ni :
  •   Mengucap 2 kalimah syahadah
  •   Solat 5 waktu sehari semalam
  •   Berpuasa di bulan Ramadhan
  •   Mengeluarkan zakat
  •   Mengerjakan haji ke Baitullah bagi yang berkemampuan
Di samping itu, banyak jugak amalan-amalan sunat. Contohnya baca Al-Quran, puasa sunat, solat sunat,  bangun tahajjud 1/3 malam, bersedekah, dan banyakkkk lagi. Tapi kita mesti ingat, jangan hanya pentingkan kuantiti sampai terabai kualiti.

Adakah kita nak jadi ‘Islam’ hanya pada nama atau ‘islam’ yang sebenar-benarnya?

Tepuk dada tanya iman..
Tanya iman tau, jangan tanya selera :)
Peringatan untuk teman-teman dan diri saya sendiri, insyaallah..

Saturday, October 2, 2010

Kenapa nasib aku camni

''Nape aku lahir dalam kuarga miskin? malang tol la. kalau la ku ni anak orang kaya, kan senang..ape nak sume dapat...''


''Nape la aku ni xpandai cam Ahmad.Tengok die senang gile nak skor exam. Belaja rilek je.Aku ni ha.malam tak tido nk stadi, pandai nye tak jugak''



''Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba2Nya, nescaya mereka akan berbuat MELAMPAUI BATAS di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan UKURAN yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap keadaan hamba2Nya, Maha Melihat''





Bace ayat kat atas banyak2 kali.Rasanya maksud ayat ni senang nak faham kan...
Dalam AlQuran sendiri Allah dah berfirman...dalam surah Asy-Syura :27 kat atas tu..
Allah lagi kenal kite, luar dalam, lebih dari best friend kenal kite.... 


Macam la doktor jugak.Walaupun takdela doktor tau pesakit die punye hobi ape, tapi doktor tau ape terjadi kat badan pesakit die .Jadi doktor la yang tahu, ubat ape nak bagi. pembedahan ape nk kene buat(Selagi dibawah ilmu pengetahuan die la). So mesti la doktor akan buat  the BEST utk pesakit die walaupun mungkin pesakit tak suke (sape la suke kene cucukcucuk dengan jarum...sakit tuu )


Kalau sesama manusia pun camtu, apatah lagi Tuhan dengan kite ni kan.... 
Sebabkan Allah lagi tau sape kite, sebab tu Allah dah tetapkan kite dengan rezeki kite yang tersendiri btul tak...


Diberi rezeki dengan ukuran, supaya kite tak melampau2, supaya kite berusaha lagi, berdoa lagi dan lagi dan tak putus asa jua!


Come on kawan2. Kite usaha majukan diri balancekan study, balance agama , balance peribadi. 
Gambatte gambatte yo yo ~

Friday, October 1, 2010

whenever you feel sad and lonely and nobody seems to be around you
remember that  ALLAH is always beside u, ask for His help and u'll find serenity in your  "

Thursday, September 30, 2010





salam rakan-rakan..haa..kali ni kamiperantau nak berkongsi ngan readers pasal peta hidup ini..
cool kan peta ni??peta ni bukan je cool,tapi peta ni gak nak remindkan kita mengenai journey kita kat dunia ni..biaselahkn,bak lirik lagu unic tu 'adekala ku hanyut,adekala ku lupa,adekala ku leka dan adekala ku alpa,kerna ku manusia,lemah dan tak berdaya,seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia'...haaaa..terkena batang hidung sendiri tak??eleh2,terasa la tu..hehe..same la jugak dgn kamiperantau ni,jadi makanye dalam mengingati diri sendiri,kite kena la ingatkan orang laen jugak..kn?kn?kn?hehe..selamat membace peta hidup,selamat bermuhasabah diri dan selamat beramal readers :)

Monday, September 27, 2010

Untunglah Jualan Kamu

‘'Untunglah jualan kamu wahai Abu Yahya..Untunglah jualan kamu...’’
                                                                             [Nabi Muhammad s.a.w]




Itulah kata-kata Nabi Muhammad apabila menyambut kedatangan Shuhaib Ar-Rumi ke Madinah sewaktu musim hijrah.
Siapa tu Shuhaib Ar-Rumi?
Ape maksud Nabi dengan ayat sebegitu?
Kenapa Nabi berkata seperti tu kat beliau?
Apa special nya Shuhaib ni?


***************************

Shuhaib Ar Rumi ni adalah keturunan bangsa Arab tulen, yang dianggap sebagai berbangsa Rom. Beliau mula hidup dalam masyarakat Rom sejak kecil lagi bila mana tentera Rom serang dan menjadikan beliau tawanan.
Dan beliau ni kemudian dijual beberapa kali kat pasar hamba di negara Rom.Beliau berkhidmat dengan ramai tuan dan bertukar-tukar tangan,
Dengan itu dia berpeluang menembusi ke dasar masyarakat Rom ni. Bermacam macam la kejelikan dan kejahatan yang bersarang, serta kezaliman dan dosa yang berleluasa. Sehinggakan beliau berkata 



‘'Sesungguhnya masyarakat sebegini tidak boleh dibersihkan melainkan dengan taufan.’'



Oleh kerana Shuhaib membesar kat Rom, beliau hampir melupai bahasa Arab.Namun tak pernah dilupakan bahawa beliau adalah keturunan Arab yang menghuni padang pasir. Keinginannya membuak- buak untuk bebas dari penghambaan dan balik ke pangkuan kaumnya.
Kerinduan itu bertambah lagi bila beliau mendengar seorang pendeta Nasrani berkata kepada salah seorang pemimpinnya



 ‘’Sudah hampir masa seorang Nabi akan keluar dari Mekah di tanah Arab. Baginda akan membenarkan risalah ‘Isa bin Maryam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya keimanan’’



Dan ditakdirkan Allah, suatu hari Shuhaib ni pun dapat peluang melarikan diri daripada perhambaan,dan menuju ke Kota Mekah. Kat situ beliau ikat janji setia dengan Abdullah bin Jud’an, seorang pembesar Mekah.Beliau juga mula ceburi perniagaan sampai dapat banyak harta dan kesenangan atas usaha beliau.

Tapi kan, walaupun ada harta banyak , dia tak pernah lupa pun pasal kata-kata pendeta Nasrani dulu tu… Dan beliau sering tanya dirinya, bilakah ia akan berlaku?
Dan tidak lama kemudian, persoalannya terjawab.Pada suatu hari, setelah balik dari perniagaannya, beliau diberitahu tentang  Muhammad bin Abdullah telah diutuskan , yang mengajak manusia beriman kepada Allah.

Shuhaib tidak sabar lagi ingin menemui Nabi Muhammad saw di rumah al-Arqam bin Abi al-arqam ketika itu.Namun dia diberi peringatan supaya tidak ternampak perbuatannya ingin menemui Muhammad oleh orang Quraisy kerana orang Quraisy boleh bertindak kasar kalau mengetahui tentang itu, apatah lagi Shuhaib seorang dagang yang tiada keluarga yang boleh membantu.
Maka dengan berhati-hati beliau pun menemui Nabi Muhammad, mendengar ajaran Baginda dan menyatakan keimanan kepada Allah. Maka Shuhaib mendapat sinar baru dalam hidupnya.




Namun begitu, pengislaman beliau diketahui orang Quraisy. Maka beliau diseksanya dengan amat dashyat, dan bersama-samanya juga adalah Bilal, ‘Ammar. Sumayyah, Khabbab dan puluhan orang Islam yang lain.Namun semuanya dijalani dengan kesabaran kerana beliau sedar, jalan syurga dihampari dengan perkara yang tidak disukai.

Apabila Nabi saw membenarkan para sahabat berhijrah ke Madinah, Shuhaib berazam mahu menemani , namun orang Quraisy mengetahui niatnya.Mereka melantik pemerhati supaya mengawasi Shuhaib supaya tak lari dengan membawa hasil perniagaan beliau yakni emas dan perak yang banyak tu.
Beliau cuba carik jalan untuk lari ke Madinah tapi tak berpeluang sebab pemerhati itu sentiasa tertumpu kepada beliau. Maka beliau pun membuat helah.

Pada suatu malam, beliau kerap ulang alik ke tandas seolah olah membuang air besar, sampaikan sebahagian pemerhati berkata kepada pemerhati yang lain 

‘’Kamu berehatlah.Usah bimbang.Sesungguhnya al-Lata dan al-Uzza telah menyibukkan si Shuhaib dengan karenah perutnya.’’

Maka pemerhati pun tidur. Dan dengan itu, senyap-senyap, Shuhaib pun lari dari rumahnya itu.
Bila pemerhati tu tersedar, mereka memecut kuda-kuda mereka dengan laju sehingga dapat jumpa Shuhaib ni. Apabila disedari Shuhaib, beliau pun berdiri di satu tempat tinggi sambil memegang panah dan menarik tali panah lalu mengancam untuk memanah permerhati sampai lah panah itu habis membunuh mereka memandangkan Shuhaib adalah pemanah yang tepat.. Setelah itu akan diperanginya mereka dengan pedangnya pula.

Namun salah seorang daripada mereka berkata

‘‘Kami tidak akan membenarkan kamu menewaskan kami dengan membawa diri dan harta kamu.Kamu telah datang ke Mekah dengan keadaan lemah dan fakir. Kemudian kamu peroleh kekayaan dan semua yang kamu kecapi ini’’

‘’Jika aku meninggalkan hartaku kepada kamu, adakah kamu akan melepaskan ku?’’ tanya Shuhaib.

‘’Ya’’ jawab mereka.

Maka mereka pun bersetuju dan Shuhaib pun menceritakan tempat letak harta di rumahnya itu kepada mereka.

Shuhaib bergegas mempercepat langkahnya ke Madinah. Beliau lari membawa agamanya demi Allah swt. Sikit pun tiada rasa menyesal atas kehilangan harta yang diusahakan dengan titik peluh beliau, dari beliau seorang hamba yang tiada keluarga, yang kemudiannya lari, yang kemudiannya memulakan hidup baru tanpa punya apa-apa hinggalah beliau berjaya dalam perniagaannya.

Apabila sampai di Quba; Nabi saw ternampak beliau dalam perjalanan . Baginda begitu gembira dan mengalu-alukannya lantas berkata

‘’Untunglah jualan, wahai Abu Yahya..Untunglah jualan…’’ 

Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali.Shuhaib gembira.beliau tak menyangka kejadian atas dirinya telah diketahui oleh Nabi. Shuhaib pun berkata

‘’Demi Allah! Tiada seorang pun yang ,mendahuluiku menemui tuan, wahai Rasulullah.Tiada siapa yang memberitahu tuan mengenainya melainkan Jibril’’

****************************
Pengorbanan harta yang dilakukan beliau adalah umpama jualan..
Beliau menjual hartanya lalu mendapatkan keuntungan,dan keuntungan itulah  dalam bentuk syurga yang dijanjikan Allah…
Dan perkara ini diakui oleh wahyu dari langit. Malaikat Jibril juga menjadi saksi kepadanya. Jibril menyampaikan firman Allah mengenai Shuhaib :

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
''Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas kasihan kan hamba-hambanya''
                                                                                                     [AlBaqarah:207]



Ayuh sahabat.Jadikan kisah  ni sebagai satu muhasabah diri kite. Korbankan masa, korbankan harta untuk jalan Allah tu besar sangat ganjarannya. 


Teringat kata-kata seorang teman hari ini:
'kalau boleh keluarkan duit not merah untuk isi minyak kereta hari-hari, kenapa boleh  keluarkan  duit syiling 2-3 keping je untuk letak dalam tabung masjid?''
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jazakumullahu khayran~

*Rujukan : 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Siri 2 oleh Dr. Abdul Rahman Ra'fat al Basha
Terbitan Pustaka Salam