Followers

Wednesday, November 10, 2010

ISLAM atau islam?

Ada beza ke? 
Nampak macam sama kan??
Ejaan sama..
Suku kata sama..
Sebutan pun sama..

Mesti la ada bezanya..
‘Islam’ adalah kata nama
‘islam’ pula kata kerja..

Dari segi bahasa, islam bermaksud tunduk, patuh, dan berserah diri..
Kalau tanya adik-adik kat rumah, mesti mereka akan jawab islam itu membenarkan di dalam hati, mengucapkan dengan lidah, dan mengamalkan dengan anggota.
Wahh.. kalau jawab exam macam ni, mesti dapat fullmarks sebab jawapan sama macam buku teks kan.. :)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak 
menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah 
difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Kita semua adalah ‘Islam’ macam yang tertulis pada kad pengenalan kita. Tapi persoalannya, adakah kita ‘islam’? Sama-sama kita muhasabah diri..

Banyak amalan yang kita boleh lakukan untuk jadi ‘islam’..
On top of the list mestilah 5 perkara di bawah ni :
  •   Mengucap 2 kalimah syahadah
  •   Solat 5 waktu sehari semalam
  •   Berpuasa di bulan Ramadhan
  •   Mengeluarkan zakat
  •   Mengerjakan haji ke Baitullah bagi yang berkemampuan
Di samping itu, banyak jugak amalan-amalan sunat. Contohnya baca Al-Quran, puasa sunat, solat sunat,  bangun tahajjud 1/3 malam, bersedekah, dan banyakkkk lagi. Tapi kita mesti ingat, jangan hanya pentingkan kuantiti sampai terabai kualiti.

Adakah kita nak jadi ‘Islam’ hanya pada nama atau ‘islam’ yang sebenar-benarnya?

Tepuk dada tanya iman..
Tanya iman tau, jangan tanya selera :)
Peringatan untuk teman-teman dan diri saya sendiri, insyaallah..

No comments:

Post a Comment